Tuesday, July 28, 2009

A journey to Padang Besar

Assalamualaikum wbt..
Alhamdullilah baru je sampai dari padang besar..jauh betol berjalan hari merentas 3 negeri Penang, Kedah n Perlis.. nak pegi ni pon tak plan pon sebenarnya.. mak nak beli beras pulut.. almaklum la nak dekat raya... :D lagipon esok aku pn dah nak balik... sob3.. sedeynya...kejap je cuti seminggu ney... huhu... Actually, ni 1st time aku pegi Padang BesaQ.. haha.. wat malu je org utara saja tapi padang besaq tak penah sampai.. org kat johor pon dah sampai... X_X tapi hari ini aku dah sampai hokey? ;P


along the way to pdg besar...


ladang tebu, Chuping

Lebih kurang pukul 9.30 pagi ktorang dah kuar umah.. agak jauh la nak pegi sana.. dekat2 2jam setengah.. plus haku dah lama tak pegi sana.. sejak2 abahku pencen ni.. dah lama jugak tak jejak kaki kat Alor Setaq n kawasan sekitarnya... syukur, umor aku pon panjang sampai jugak aku kat sana..hehe.. kira bila dapat tau nak pegi pdg besar aku agak xcited laa... Weeee... ;)
Yang paling suka time lalu kat area Chuping, ladang tebu... siyes impress, kagum sumaa ada... Masya Allah... suka sgt... cantek, tenaang je tengok ladang tebu terbentang luas... ni tak jakun tau.. just impress k... ;) n then balik ikot jalan alor setar plak... senyum je la tgk.... haha... tah pape la haku ni...


jeruk utk kwn2.. sabo ye korunk.. :D


ni brooch 10 henget cap siam.. siyes low quality
dah sampai umah ada batu dah tanggal..huhu

nota kaki: siyes,, hepy sgt hari.. i love driving + travelling.. dah mmg tahi lalat kt kaki.. sah2 kuat jalan kan... ;P everytime after driving, i will reflect myself.. btol x haku drive hari ni, bahaya ke x, ada bwk cam org gila ke, selfish ke kt highway... adeh~ soklan2 sebegini slalu je ada.. hemmm...bla bla.. n sian cik tih hari, kena posa... ciannya nye kucen ku... xda org kat umah xley masok... hemo2..

.

Saturday, July 25, 2009

Home Sweet Home :)


Assalamualaikum.. Alhamdulilah dah selamat sampai kat umah.. syukur sangat..no more kuarantin~ tuh yang nak sebenarnya.. ni kira dah 2 hari la kat umah.. rasa nikmat je bila ada kat umah.. hilang semua masalah kat kepala ni tau.. tu la org kata rumahku syurgaku.. ni la nikmat sebenar.. bila dah berjauhan camni baru dapat rasa :) tambah lagi time kuarantin hari tu... hanya terbayang masa tu mak n abah... bukan nak kata kuarantin tu satu penyeksaan or penderitaan, cuma rasa terasing je... dah la jauh ngan family, pastu terasing ngan kawan2... tak ke sedih tuh? tapi bila pk balik masa kuarantin banyak pengajaran yang dapat.. yang paling ketara ialah ukhuwah antara kami sekelas.. masa ni la sebenarnya ukhuwah antara kami diuji :)
memang jelas n nyata bila berjauhan n diasingkan perasaan rindu pada kawan2 tu menggunung tinggi.. sebabnya kat maktab kami dah macam family.. masing-masing jauh ngan family.. hanya kawan2 la tempat bergantung, bermanja, luah perasaan n so on.. boleh dikatakan banyak masa dihabiskan dengan kawan2... hurmm... yang aku nampak time kuarantin ni kawan2 memang concern sgt ngan kami yang kat terasing ni... selalu je calling2 tanya khabar, berwebcam, n ber3G tau.. waaa... yang paling terharu bila diorg wat 3G n nyanyi lagu 'heal the world by Micheal Jackson' waaa.. terharu sangat2... sukar untuk gambar perasaan kami time tuh... n thanx alot to all of u~ n also to madam TCC :) n yang pasti air mata gugur berlinangan mengalir di pipi... sob3... n yang tak lupa jugak dengan makanan yang diorg beli tuh.. terima kasih jugak.. hargai dengan pengorbanan korang.. :) ni kira macam dah buat reflection kan.. ;))
Actually, sepanjang kuarantin aku lebih memahami kawan2 'sekuarantin' 7 orang ni~sha2, nabila, kak ida, marni, suzana, tini n zahida.. bila 3 hari duduk bersama baru la tau apa yang diorg suka n tak suka.. ada yang tak makan ikan keli rupanya.. hemmm.. Apa-apa pun, even kenangan ini pahit untuk ditelan tapi tetap akan jadi ingatan aku.. selalunya yang pahit ni la orang akan kenang sampai bila2.. camtu juga la pengorbanan n jasa kawan2 yang banyak membantu n concern time ni.. terima kasih banyak2.. jasamu dikenang~ u r really true frens.. :)



"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari dan didatangkan-Nya kilat serta petir. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi."

p/s: sekarang dah pukul 5.30 pagi, aku still tak bule tido..
n now aku tau, time ni la yang terbaek nak tulis blog.. :)
+ sambil2 tulis blog ni denga lagu heal the world.. :)

Tuesday, July 21, 2009

My Sayang.. :)




windu semua.. :(






wee...windu kat cik tih...hemoo2..









kwn2 ku yg tersyg.. u r always in my heart.. :)

Rahsia disebalik demam

RAHSIA DI SEBALIK DEMAM

Demam itu ialah penyakit yang menyebabkan suhu tubuh melebihi suhu biasa. Jika demikian tiada siapa pun yang tidak pernah merasa demam, namun apakah hakikat penyakit demam itu sebenarnya dari sudut agama dan apakah pula hikmahnya?

Hakikat Demam.

Sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Omar Radhiallahu anhuma mengatakan yang maksudnya :

“Demam berasal dari kepanasan api neraka yang mendidih, maka padamkanlah ia dengan air”. (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu anha dari Nabi Shallallahu alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya :

“Demam adalah dari panas api neraka yang mendidih, dari itu dinginkanlah ia dengan air”. (Hadith riwayat Muslim)

Dalam kitab Umdah Al-Qari menyebutkan bahawa panas yang lahir dari tubuh orang yang demam itu adalah secebis daripada kepanasan api neraka. Allah telah menzahirkannya pada diri orang yang demam itu dengan sebab-sebab yang tertentu agar dia mengambil iktibar daripadanya, sebagaimana Allah telah menzahirkan berbagai jenis kegembiraan dan kenikmatan yang berasal dari nikmat-nikmat syurga untuk menjadi pengajaran dan petunjuk baginya.

Sebahagian ulama berpendapat bahawa apa yang dimaksudkan dengan kepanasan api neraka di sini ialah satu perumpamaan antara panas orang yang demam dengan panas api neraka sebagai peringatan kepada diri manusia betapa panasnya api neraka.

Namun pendapat ini disanggah oleh Ath-Thayyibi dengan mengatakan bahawa ia tidak sesuai untuk dijadikan sebagai perumpamaan, bahkan demam itu memang lahir atau berasal dari kepanasan api neraka sedari mula atau sebahagian dari hembusan api neraka.

Adapun maksud “mendinginkannya dengan air” itu menurut Ibnu Al-Ambari ialah bersedekah dengan air, kerana ada riwayat mengatakan bahawa sedekah yang paling afdhal itu ialah memberi minum air.

Mengeluh Dan Mengadu Kerana Demam.

Memang tidak dinafikan bahawa ada setengah orang mengeluh kerana demam atau mengerang kerana kesakitan. Apakah perbuatan ini diharuskan dalam agama?

Sebenarnya kita tidak dilarang untuk mengadu atau mengeluhkan kesakitan kita kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Apa yang dilarang ialah kita mengeluh dan mengadukannya kepada orang lain sesama manusia. Nabi Shallallahu alaihi wasallam sendiri, para sahabat dan pengikut-pengikut mereka, pernah mengadukan kesakitan mereka.
Diriwayatkan bahawa Al-Hasan Al-Bashri sewaktu sahabat-sahabatnya datang ke rumahnya, mereka menemuinya sedang mengadukan sakit giginya kepada Allah Subhanahu Wa Taala dengan berkata yang ertinya :

Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada (yang lain) yang mengasihani.

Adapun yang dimaksudkan dengan larangan mengadukan kesakitan kepada sesama manusia itu ialah mengadukannya dengan cara merasa jemu dan benci dengan penyakit itu. Akan tetapi jika seseorang itu memberitahu atau menceritakan penyakitnya kepada kawan-kawannya supaya mereka dapat mendoakannya sembuh, maka dalam hal ini tidaklah menjadi satu kesalahan. Begitu juga jika seseorang itu mengeluh kerana sakit, tetapi keluhannya itu boleh mendatangkan kerehatan kepadanya atau boleh meredakan kesakitannya, maka tidaklah juga menjadi apa-apa.

Al-Quran ada menceritakan tentang kesabaran Nabi Ayyub Alaihissalam dalam menempuhi segala penderitaan. Di antara penderitaan yang Nabi Ayyub alami ialah berpenyakit gatal. Penyakit gatal ini sangat dahsyat. Apabila digaru dengan kuku, maka kuku baginda akan tanggal, tetapi masih juga bertambah gatal. Kemudian baginda terpaksa menggarunya dengan barang yang kesat. Tidak cukup dengan itu, baginda menggaru badannya dengan pecahan periuk dan akhirnya dengan batu. Namun masih juga merasa gatal. Sehingga dengan tidak disedarinya dagingnya telah luka dan koyak. Maka keluar dari tubuh baginda yang luka itu, nanah yang baunya sangat busuk. Orang ramai yang tinggal di sekitarnya tidak tahan dengan bau busuk itu, lalu mereka keluarkan Nabi Ayyub dari negeri tempat tinggalnya ke tempat terpencil. Semua orang
memencilkannya kecuali isterinya yang merawatnya.

Nabi Ayyub tidak pernah mengeluh dengan apa yang menimpanya, bahkan dia bersifat sabar dan tahan menderita. Apa yang dilakukannya hanyalah bermohon kepada Allah agar mengasihaninya. Cubalah kita perhatikan permohonan Nabi Ayyub yang disebutkan di dalam Al-Quran :

Tafsirnya : “Dan Nabi Ayyub, ketika dia berdoa merayu Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku disentuh (ditimpa) penyakit, sedang Engkaulah saja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani”. (Surah Al-Anbiya¡|: 83)

Jika kita perhatikan kalimat-kalimat yang disebut oleh Nabi Ayyub Alaihissalam dalam ayat ini, alangkah halusnya budi bahasa baginda dalam rayuannya kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Baginda menyebut “aku disentuh” dan tidak menyebut perkataan “aku ditimpa”. Di sini menggambarkan bahawa celaka itu sendiri yang datang menyentuh dirinya. Nabi Ayyub tidak menyebut juga “atas kehendakMu”, kerana kesopanannya yang sangat tinggi terhadap Allah Subhanahu Wa Taala. Selepas itu, rayuan baginda disudahi dengan kata-kata yang halus juga iaitu: “Sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala yang mengasihani”.

Pada suku kata pertama, Nabi Ayyub mengadukan perasaannya yang dapat menimbulkan rasa kasihan dan pada suku kata kedua disebutkannya sifat Allah yang lebih pengasih daripada sesiapa jua pun yang pengasih. Hanya inilah permohonan Nabi Ayyub kepada Allah. Dia tidak merungut dan mengeluh, apatah lagi menyesali apa yang telah berlaku. Dia cuma memohon belas kasihan daripada Allah Subhanahu Wa Taala.

Inilah satu kisah yang patut kita ambil iktibar, pengajaran dan contoh tauladan daripadanya. Walaupun Nabi Ayyub telah ditimpa penyakit, harta bendanya punah-ranah, anak-anaknya ditimpa malang dan mati semuanya, tetapi berkat sabarnya dan imannya, Allah Subhanahu Wa Taala telah mengabulkan doa dan rayuannya, lalu dia pun sembuh seperti sediakala dan berkembanglah keturunannya serta dikurniakan harta benda yang melimpah ruah.

Mencaci-maki Demam.

Selaku seorang muslim yang beriman, sepatutnya memiliki sifat sabar dan tidak mengeluh apabila ditimpa demam. Orang yang tidak mempunyai sifat sabar semasa ditimpa demam, mungkin tidak akan dapat mengawal dirinya dari mencaci maki penyakit ini, sedangkan kita dilarang berbuat demikian oleh Nabi Shallallahu alaihi wasallam. Ini bersandarkan kepada sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Jabir Radhiallahu anhu yang maksudnya :

Bahawasanya Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam telah berkunjung ke rumah Ummu Saib atau Ummu Musayyib, lalu Baginda bersabda:

“Apa halnya engkau wahai Ummu Saib atau Ummu Musayyib menggigil?

Dia menjawab: “Demam, semoga Allah tidak memberikan berkat kepadanya”.

Nabi Shallallahu alaihi wasallam bersabda: “Jangan engkau memaki penyakit demam, kerana dia menghilangkan kesalahan Bani Adam (manusia) sebagaimana landasan (tukang besi) menghilangkan kotoran (karat) besi”.

(Hadith Riwayat Muslim)

Begitulah, segala apa jua yang datang daripada Allah, sama ada berupa rahmat, hendaklah kita syukuri, atau berupa musibah, maka hendaklah kita sabar menempuhinya.

Demam Penebus Dosa.

Sebenarnya larangan mencaci maki demam itu mempunyai rahsia atau hikmat tertentu yang wajar kita ketahui dan ingati.

Begitu juga hadith yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Jabir Radhiallahu anhu yang disebutkan sebelum ini, mempunyai maksud yang sama. Jelasnya, kedua-dua hadith ini menerangkan bahawa demam yang menimpa seseorang itu boleh menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu.

Jadi, ditimpa demam itu adalah sesuatu yang menguntungkan, kerana ia menghapuskan dosa, natijah yang lain, ia akan memantapkan keimanan.

p/s: sama-sama la kita bermuhasabah diri.. tepuk dada, tanyalah iman.. :)


bersabar la kawan-kawan ku...


aku dikuarantin gara2 H1N1...sedey sangat2...
petang kelmarin memang susah sangat nak terima hakikat 'kuarantin'
ye la, sapa yang nak dikuarantin...
hakikatnya.. kitaorg je yang tau...
sebenarnya, ktorang takde la sakit terok sangat batuk ngan selsema...
aku pon batuk sikit2 jek..bila dah lama kat sini makin teruk
mungkin kitaorang yang expose ngan virus tuh...
rumateku pon tetiba demam panas pagi ni... kerisauan makin bertambah la...
wahai rumateku, cepat2 la sembuh...
kitaorang tunggu je result esok camne.. harap2 bule lepas...
mak..nak balek.. :(
sangat genting macam ni la teringat kat family...
sayu je hati...
Tabah la wahai kekawanku.. sama2 la kita harungi dugaan n ujian dari Allah...
Mungkin ada hikmah disebaliknya... :)
Kuatkan hati, terima dengan hati yang terbuka...
Sama2 la kita lawan virus ni..
Amin... :)

Saturday, July 18, 2009

be calm..


aku dapat rasa yg emosi aku skang tak stabil..
agaknya bawu bangun tido..
waiting a call from my sis.. ceh tapi tade pon.. sedey aku...
terus aku ingat, cam tak ikhlas jek diorang nak g kl.. huhu...
tak baeknya haku ni.. :(
dah call tadi, rupanya mak abah ada kenduri kahwin...
patot la tak bertolak lagik...
alamatnya sampai malam laa...
dah tu aku ni nak naek bas pukul berapa la... aduss...
dah la sorang2.. risau la jugak.. huhu
maybe aku akan kuar pukul 4.. tengok aje la tiket pukul berapa..
juz doakan aku selamat sampai.. :)

p/s - dah lama tak post blog, ya ampoon.. bz jek skang ngan fotografi redaksi..