Showing posts with label .kisah.sayer.. Show all posts
Showing posts with label .kisah.sayer.. Show all posts

Thursday, December 22, 2011

sweet 22. 17 December 2011.


masuk aje detik 12.00 am 17 Disember 2011, aku dah 22 tahun.
weweiiit. muda lagi wey.
orang laen hampir ke umor 23, aku baru 22 tahun. 
haha. biasa la. baby2 disember kan. ;)

terima kasih pada kawan2 yang wish SMS, FB, Twitter.
terima kasih sangat2. 
terharu rasanya dengan ucapan kalian yang mendoakan saya. 
semoga panjang umur, murah rezeki n cepat kawen ^_^
dengan bertambahnya umur ni, semoga aku semakin tingkatkan amal ibadah kepada Allah.
semakin hari semakin tua. jangan ingat muda sgt. awet muda xpa. :D

pada tarikh keramat 17 Disember ni jugak, sepupu aku bertunang.
Selamat Bertunang Along. Selamat menempuh pertunangan dengan baik. insyaAllah.
Tahun depan kiter naik pelamin sesama yek. ^_^

tahun ni tadek bunga orang nak antar. kempunan ok. tahun lepas ada. tahun ni tadak.
ceittt. pape pon. yang aku dapat adalah..... 

anak-anak bear. hehehe


Selamat Bertunang Along. *muka aku nampak huduh kat situ* haish.





Sunday, May 8, 2011

rindu

sebenarnya...
aku rindu....


aku rindu nak wat entri..
dah lama blog ni bersawang..

aku jugak rindu nak balik rumah,
bertabahla kat melaka ini..aku ada 3 minggu lg sebelum cuti...

aku jugak rindu pd insan2 yg aku sayang...
my parents, cik meowww, incik cinta, family... 

nota kaki: menghitung hari.. good luck for final exam.. ^_^


Friday, March 18, 2011

calm my heart

saat ini aku sedang dihantui oleh perasaan yang tak senang..
suma ini secara tiba-tiba..
aku rasa tak puas hati dengan warna kain yang dipilih..
huwaaaa.. *hatiku menangis*
sebab aku rasa warna tu tak cantek pulak.. 
masa beli tu ok..
bila tengok berkali-kali rasa tak cantek.. adehhh.. =(
harap sumanya baek je..
sekarang masih memujuk dan menenangkan hati..
dah 2,3 kali dipujuk oleh mak, si dia...huhuhu
 mak kata: nanti dah wat baju, cantik la nanti...... *dushh..dushhhh.....
rasa nak suh tailor tu siapkan cepat-cepat.. 
nak tengok hasil sebenar..
kalu tak, jiwa ni meronta-ronta tak puas hati...

Ya Allah, tenangkan hatiku ini..semoga dipermudahkan segala urusan..
  Amin.....

nota kaki: harap bule cantik n gorgeous macam Elyana.. 



She's so beautiful... :)





























































Wednesday, March 16, 2011

*blushing*


hati berbunga-bunga
masih tersipu-sipu malu.(^_^)
perasaan terus buat aku di alam khayalan...
terbang di awangan...  
hihihi..

 aku harus kembali ke realiti,
jangan terlalu asyik dengan angan-angan.
remind myself to back in realiti~
im running out of holidayyy....
assignments belum setel..
*grrrr..

nota kaki: minggu ini minggu yang agak bizi n sedikit pening..menguruskan perihal yang agak penting..setelkan apa yang patut sebelum hari berkenaan...harap sumanya berjalan dengan lancar.. =)




Friday, March 11, 2011

way back home! yiippppi!!!!

Hari ini adalah hari yang paling suka.
balik kampungg!!! oooo balik kampung, hati girang...
berharap dapat rehat puas2...nak relax...
yang penting nak hilang *MATA PANDA*
grrrrr...
semakin menjadi2 mata panda aku ini,
telah beberapa org kawan asyik menegor *MATA PANDA* ku yang cantek ni....
tak kisah jugak.. sebab PANDA tu chumel (^_^)


selesai suda segala esemen setakat ni..
dan esemen akan muncul kembali lepas cuti...
agaknya bertambah2 serabot... bila esemen + praktikum...
*woooot...wooot...
ala2 busy women...
tak kisah la..
yang penting balik kampung!!

nota kaki: that 'thing' will happen in 26 hours onwards.pray for the best =)

Friday, February 4, 2011

hakikat hidup.

ini la hakikat hidup yg biasa kita lalui.
dalam hidup ni, tak semua org suka kita kan.
susah yang puaskan hati semua pihak.
tetiba aku terasa nak hidupkan benda.
sebabnya sekarang ni aku rasa HAKIKAT ini.
aku tertanya-tanya apa salah aku.
mungkin secara tak sengaja, 
ada tindakan aku wat buatkan org lain tak senang.
aku mohon MAAF dari hati yg ikhlas kalu ada mana2 pihak kurang berpuas hati dgn tindakan aku. =)
aku hanya manusia biasa.



nota kaki: kadang-kadang, status fesbuk yg kita post kat wall pon bule wat org lain tak senang bukan. org akan kata "eiiyuww, poyo", "tah apa2 la dia ni", dll. membuatkan org rasa "annoying". renung-renungkan. 


utk lebih jelas, 
meh kita tgk komen2 kat forum cari ni.  "status fesbuk yg memualkan..."
aku hnyalah SILENT READER.  
tepuk dada, tanya diri. macam-macam ragam manusia yg boleh kita tgk dari sini.
dari komen2 forum ni, 
korang boleh nilai mana yg terbaik untuk diri korang.
pada aku, biar berpada2 nak wat status tu. *ini jugak mengingatkan diri sendiri*
ada yg forumer2 kat sana yg post melampau.
mesti dia bajet dia bagus kan. haha.
biarla. dah nama pon fesbuk. SUKA HATILA kan. :)
kalu orang2 yg tak suka tgk status tuh takyah berfesbuk.
kan senang.
bukan nak kata sumanya buruk dan tak elok,
entah la. kadang-kadang aku tak faham dengan makhluk bernama MANUSIA.
mungkin *mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih*


setakat ni, 
aku layan aje status kawan2 aku.
sharing is caring.
aku jenis tak kisah. 
sekurang-kurangnya, aku tahu apa yg jadi kat kawan2 aku.
happy.sedih.excited.masalah. dll.
Akhir kata, berfesbuklah baik2. =)


p/s: entri ini tiada kaitan dgn sesiapa. harap maklum. =)

Saturday, January 15, 2011

Tolong ingatkan aku..

apa yg aku nak citer ni bukan la berkait dgn Ana Raffali. pemenang AJL 25.
tapi Tolong Ingatkan Aku yang lupa. *sigh*
taktau la apa yg xkena.
lately, ada few things yg aku lupa. *haru biru sungguh*
benda yg penting pon aku lupa.
Ya Allah, apa dah jadi dgn aku.

camne aku bule detect benda nih?
ok..camne ye.

pada suatu petang dengan hujan yg lebat serta kilat dan guruh,
ada sorang kawan minta tolong simpankan duit dia.
memandangkan masa tu hanya aku je yg bawak beg.
dia dan kawan2 yg lain sedang bermandi hujan. *jeles xdapat mandi hujan skali*
dan aku sambil berpayung menjaga beg drp basah.
aku  pon simpankan duit dia tuh dgn kemas dlm purse.
jumlahnya xbanyak tapi kenyang kalu mkn ayam goreng kat kafe tuh.
kata kawan tersebut, "esok je la, bg duit tuh. aku nak pegi amik makanan kat kafe."

      ********

sepatotnya dipulangkan esoknya.
tapi tah macam mana, aku terus lupa.
sampai la tuan dia yg mintak balik. *maluuuunya*
selalu bab duit2 ni aku paling ingat.
tah skang ni dah lain plak.=(
aku sungguh xsengaja, mmg betol2 lupa. maafkan aku ye.

kadang2 benda kecik pon ada lupa jgk.
dalam memory, dah set. "jap lg b4 pegi clas amik sekian2."
tiba-tiba, "aikk, aku nak amik apa ek td." *lostt*
yg ni mungkin common. terjadi pd suma org.
tapi bila dh selalu jadi, tu bukan lg kebiasaan. dah LUAR BIASA.

adoiiii..
klu bule, aku xnak perkara camnih berlaku lg. *katakan TAK NAK*
tapi aku teringat satu benda yg bule wat reminder.
actually bukan 1 jer, terlalu byk gadjet2 yg canggih skang ni nk wat reminder.
antara nak ngan tak nak je. =)


>> sticky notes desktop
- nampak lebih simple kan macam nih..xmembazir kertas jgk.. lgpon hari2 mengadap laptop. lebih menyenangkan. =) 
*suatu ketika dulu kat bilik AB 13, aku penah nampak nabila guna nih..hihihi..
bila mengintai desktop dia trus dia tutup..*
oh ya, 
teringat org tua2 dulu cakap,
banyak sgt mkn SEMUT. tu pasal lupa. *betol ke?*
hurmm..byk lagi perkara2 yg melemahkan fikiran.
aku agak ramai yang tau perkara2 nih.
Fikir-fikirkan... wassalam =) 


nota kaki: saling ingat-mengingati antara satu sama lain. kadang kala kita alpa dengan urusan duniawi yang sementara. Sedangkan akhirat yang kekal abadi. Bila kita terlalu seronok sesuatu perkara, kita lupa ada org yang telah bersedihan. begitu la sebaliknya. =)

Wednesday, January 12, 2011

broadband oh berokband!

semakin hari semakin hazab speed berokband.
haroskah aku beralih arah?
setelah celcom mengecewakan aku.
kini maxis meleburkan harapan aku. *kecewa*
aku hanya ada 1 pilihan. *DIGI*
mungkin aku xberjodoh atau kurang bernasib baik ngan berokband.
atau aku yg kurang SABAR.

setelah membuat percubaan maxis broadband nurul ni,
rasanya speed celcom laju sket kat bilik aku ni..
secara keseluruhannya, 2-2 sama ja kot.
loading page pon lmbat. jenuh nak menunggu.
sekarang pukul 12.56 PM.
bukan peak hour pon. hostel masih lg sunyi.

yang mana 1 yg terbaik utk digunakan?
setia dgn CELCOM  ataupon beralih arah pd DIGI.

Wednesday, September 30, 2009

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum...
Maseh belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri...
Minta Maaf sekiranya ada salah silap terkasar bahasa n so on...
Dah lama sangat tak update blog ni...
memang sgt2 bz ngan sem ni...
baru la skarang ni relax sket.. :)



nota kaki : dalam sibuk2 assignment sempat jugak aku nyibukkan diri dgn jahit manik.. sangat gigih nak jahitkan manik kat baju raya.. akhirnya sempat jugak la siapkan... hehe.. susah jugak nak jahit manik sebenarnya, plus aku yg jarang2 skali pegang jarum n benang.. so lambat n kemut la nak siapkan menda tu.. pape pon thx to kak by, kak oshin, dyana n my rumate.. hehe.. =D





Saturday, September 5, 2009

Otak serabut, jiwa kacau T_T




Arghhhhhh!!
masalah datang bertubi2...
assignment tak setel2 lagik...
sekarang suma tgh bz ngn exhibition geometry...
siyes suma org tak tido malam wat menda alah tuh...
tension sgt! :(
pls cheer me up!

Monday, August 24, 2009

Salam Ramadhan (^_^)

Assalamualaikum...
dah lama aku tak berblog..
berhabuk dah blog haku ni...
just nak ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan..
sama2lah kita tingkatkan ibadah kita dalam bulan ni ye..
wassalam...

Tuesday, August 4, 2009

Lost fokus..

Assalamualaikum wbt..
dah mula kerisauan dihati...
apa taknye.. keja byk sgt... uwaa...
tak tau la... penin2.. serabut...
sebelum haku pegi PBS byk gila keja kena setel...
cam nak nangeh pon ada...
tapi tahann.. kuatkan mental dan fizikal....
n lagi satu risau jugak kalu x sempat study...
plus minus tinggal lebih kurang 8 minggu je nak exam...
sempat ke?? assignment makin mencurah2 ni... huhu....
this weekend ktorg akan ke taman negara.... emmm...
mungkin ni la masa relax otak yang tengah serabut...
harap2 gitu la.. masa utk motivasi diri kan sana...
arggghhh....

p/s: time ni class Dr Faizah.. terus diawangan.. blurrr... tulun2...

Saturday, July 25, 2009

Home Sweet Home :)


Assalamualaikum.. Alhamdulilah dah selamat sampai kat umah.. syukur sangat..no more kuarantin~ tuh yang nak sebenarnya.. ni kira dah 2 hari la kat umah.. rasa nikmat je bila ada kat umah.. hilang semua masalah kat kepala ni tau.. tu la org kata rumahku syurgaku.. ni la nikmat sebenar.. bila dah berjauhan camni baru dapat rasa :) tambah lagi time kuarantin hari tu... hanya terbayang masa tu mak n abah... bukan nak kata kuarantin tu satu penyeksaan or penderitaan, cuma rasa terasing je... dah la jauh ngan family, pastu terasing ngan kawan2... tak ke sedih tuh? tapi bila pk balik masa kuarantin banyak pengajaran yang dapat.. yang paling ketara ialah ukhuwah antara kami sekelas.. masa ni la sebenarnya ukhuwah antara kami diuji :)
memang jelas n nyata bila berjauhan n diasingkan perasaan rindu pada kawan2 tu menggunung tinggi.. sebabnya kat maktab kami dah macam family.. masing-masing jauh ngan family.. hanya kawan2 la tempat bergantung, bermanja, luah perasaan n so on.. boleh dikatakan banyak masa dihabiskan dengan kawan2... hurmm... yang aku nampak time kuarantin ni kawan2 memang concern sgt ngan kami yang kat terasing ni... selalu je calling2 tanya khabar, berwebcam, n ber3G tau.. waaa... yang paling terharu bila diorg wat 3G n nyanyi lagu 'heal the world by Micheal Jackson' waaa.. terharu sangat2... sukar untuk gambar perasaan kami time tuh... n thanx alot to all of u~ n also to madam TCC :) n yang pasti air mata gugur berlinangan mengalir di pipi... sob3... n yang tak lupa jugak dengan makanan yang diorg beli tuh.. terima kasih jugak.. hargai dengan pengorbanan korang.. :) ni kira macam dah buat reflection kan.. ;))
Actually, sepanjang kuarantin aku lebih memahami kawan2 'sekuarantin' 7 orang ni~sha2, nabila, kak ida, marni, suzana, tini n zahida.. bila 3 hari duduk bersama baru la tau apa yang diorg suka n tak suka.. ada yang tak makan ikan keli rupanya.. hemmm.. Apa-apa pun, even kenangan ini pahit untuk ditelan tapi tetap akan jadi ingatan aku.. selalunya yang pahit ni la orang akan kenang sampai bila2.. camtu juga la pengorbanan n jasa kawan2 yang banyak membantu n concern time ni.. terima kasih banyak2.. jasamu dikenang~ u r really true frens.. :)



"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari dan didatangkan-Nya kilat serta petir. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi."

p/s: sekarang dah pukul 5.30 pagi, aku still tak bule tido..
n now aku tau, time ni la yang terbaek nak tulis blog.. :)
+ sambil2 tulis blog ni denga lagu heal the world.. :)

Tuesday, July 21, 2009

My Sayang.. :)




windu semua.. :(






wee...windu kat cik tih...hemoo2..









kwn2 ku yg tersyg.. u r always in my heart.. :)

bersabar la kawan-kawan ku...


aku dikuarantin gara2 H1N1...sedey sangat2...
petang kelmarin memang susah sangat nak terima hakikat 'kuarantin'
ye la, sapa yang nak dikuarantin...
hakikatnya.. kitaorg je yang tau...
sebenarnya, ktorang takde la sakit terok sangat batuk ngan selsema...
aku pon batuk sikit2 jek..bila dah lama kat sini makin teruk
mungkin kitaorang yang expose ngan virus tuh...
rumateku pon tetiba demam panas pagi ni... kerisauan makin bertambah la...
wahai rumateku, cepat2 la sembuh...
kitaorang tunggu je result esok camne.. harap2 bule lepas...
mak..nak balek.. :(
sangat genting macam ni la teringat kat family...
sayu je hati...
Tabah la wahai kekawanku.. sama2 la kita harungi dugaan n ujian dari Allah...
Mungkin ada hikmah disebaliknya... :)
Kuatkan hati, terima dengan hati yang terbuka...
Sama2 la kita lawan virus ni..
Amin... :)

Saturday, July 18, 2009

be calm..


aku dapat rasa yg emosi aku skang tak stabil..
agaknya bawu bangun tido..
waiting a call from my sis.. ceh tapi tade pon.. sedey aku...
terus aku ingat, cam tak ikhlas jek diorang nak g kl.. huhu...
tak baeknya haku ni.. :(
dah call tadi, rupanya mak abah ada kenduri kahwin...
patot la tak bertolak lagik...
alamatnya sampai malam laa...
dah tu aku ni nak naek bas pukul berapa la... aduss...
dah la sorang2.. risau la jugak.. huhu
maybe aku akan kuar pukul 4.. tengok aje la tiket pukul berapa..
juz doakan aku selamat sampai.. :)

p/s - dah lama tak post blog, ya ampoon.. bz jek skang ngan fotografi redaksi..

Saturday, June 20, 2009

Perubahan Angin... ;)

cAk~ cAk~
skang dah pkul 4.15 pagi..
aku still tak tidow2...
tadi pon kemas2 barang sket..
esok dah balek.. sedey... sob3...
juz nak story pasal my perubahan angin...
ini tadak kena mngena angin monsun timur laut or barat daya.. :D
juz perubahan angin ku from frenster n myspace to facebook... haha...
itu je la...
sowy la pada mana2 yg aku tak reply msg, komen, n testi...
ya ampun.. i'll my best to reply all dat hokey... =)

Monday, June 1, 2009

syurga cinta

" klau kita mencintai seseorang itu atas sebab2 tertentu dia terpaksa pergi dan jgan kita bersedih dan marah coz dia pernah membahagiakan kita...."

"cinta hanya utk yang ikhlas mencintai, bukan untuk dipersendakan"

Ni beberapa quote from film syurga cinta...

filem ni memang menusuk kalbu ak.. :)

Nobody's home..

arini bangun2 siap kn diri trus gi masak...
adeh.. cabaran getir ni.. aku dah lama gile xmasuk dapor..
tup2 arini kena masak..
whut 2 do.. nobody's home.. only me n my opah n tok...
ciankan kat aku...
windu je masakan mak.. hua3... xsabo tunggu mak balek ni...
huhu...
even terkapai2 gak td kat dapur.. sedap gak la arini aku masak... haha
bule la nak makan... :D

Friday, May 29, 2009

SAlam...
dah lama agaknya aku x post blog..
skang ni cuti 3 minggu..
akan ku isi blog ini nanti yek..
n berwajah baru.. insyaAllah.. :)
selamat bercuti kwn2 ku..

Dalam kita melangkah… Terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat, Hingga kita terduduk dan menangis, Peritnya terasa tetapi ketahuilah, Dan renungilah dalam diri kerana… Mungkin air mata tika itu hadir kerana… Dia mahu menjahit sejadah IMAN yang kian terkoyak Lantaran ada langkah-langkah yang tersasar, Semoga tabah dan tetapkan iman… Biarlah kita keseorangan, Tanpa berteman, Biarlah malam, Tanpa sinar rembulan, Biarlah tidur, Tanpa dihiasi mimpi indah, Tapi, Jangan biarkan hatimu sunyi, Tanpa sepotong ayat, Ayat suci AL-QURAN