Thursday, December 22, 2011

sweet 22. 17 December 2011.


masuk aje detik 12.00 am 17 Disember 2011, aku dah 22 tahun.
weweiiit. muda lagi wey.
orang laen hampir ke umor 23, aku baru 22 tahun. 
haha. biasa la. baby2 disember kan. ;)

terima kasih pada kawan2 yang wish SMS, FB, Twitter.
terima kasih sangat2. 
terharu rasanya dengan ucapan kalian yang mendoakan saya. 
semoga panjang umur, murah rezeki n cepat kawen ^_^
dengan bertambahnya umur ni, semoga aku semakin tingkatkan amal ibadah kepada Allah.
semakin hari semakin tua. jangan ingat muda sgt. awet muda xpa. :D

pada tarikh keramat 17 Disember ni jugak, sepupu aku bertunang.
Selamat Bertunang Along. Selamat menempuh pertunangan dengan baik. insyaAllah.
Tahun depan kiter naik pelamin sesama yek. ^_^

tahun ni tadek bunga orang nak antar. kempunan ok. tahun lepas ada. tahun ni tadak.
ceittt. pape pon. yang aku dapat adalah..... 

anak-anak bear. hehehe


Selamat Bertunang Along. *muka aku nampak huduh kat situ* haish.





Monday, October 31, 2011

hidup tak selalunya indah

yaa..
dalam kegembiraan aku hari ini, tetiba terpalit rasa pahit aku bila aku menatap wajah aku sendiri. senyum aku dan iras-iras memang aku akan kenang kau. 
bukan aku yang kata, ia lahir dari kata HATI aku.
hati tak penah menipu. dari situ, memang aku akui kebenarannya.
tak sangka pula bila aku dah menjengah dewasa, aku seiras kau. hmmmm
terselit rasa rindu aku pada kau. aku doakan kau kembali ke pangkal jalan sebelum penuh seribu sesalan.


setiap kali aku teringat kau, aku tertanya-tanya
"tiadakah keinsafan dalam diri kau untuk pohon maaf atas kesalahan yang kau lakukan?"
"adakah kami semua masih dalam hati dan ingatan kau?"


persoalan hanya tinggal persoalan. tak mampu aku untuk ungkapkan persoalan yang aku tanya sendiri.
walaupun dah lama berlalu, ia masih pahit untuk ditelan. rupanya dah 5 tahun berlalu, masa bergerak dengan begitu pantas. aku terima segalanya sebagai dugaan Allah. terima kasih juga pada kau, apa yang terjadi ia sangat mematangkan aku untuk menginjak dewasa.

Wednesday, October 26, 2011

dugaan

susah nak gambarkan perasaan yang aku rasa sekarang ini.
bila makin dipikir, makin serabut.
arrrrr.. dugaan agaknya..
terus istigfar banyak2 kali..
Ya Allah hanya padaMu aku memohon pertolongan.

mood: tenangkan hati dan minda. think positive

Monday, October 24, 2011

semanis rumah

"yeaaa..yeaaaa aku dah ada kat umah!"



hoyehhh.. rasa sungguh bahagia menikmati cuti mid-sem nih dan akan bercuti lagi utk raya haji nanti. syok wey cuti banyak2.. bila bukak cita pasal cuti kakak aku akan cakap "memanjang ja cuti, bilanya nak study" haha.. biaqlah! kak tu jeles sebenarnya tengok aku cuti dan balik rumah. Almaklumlah org jauh, selalu homesick. Sikit-sikit nak balik.. hehehe

Bila duk jauh nun melaka sana, hati kecil nie sangat meronta-meronta, menjerit-jerit "mak, dikna nak balik!".  Duk wat assignment pon duk menghitung hari nak balik, wat assignment sikit dah belek-belek kalendar duk kira berapa hari lagi aku nak balik. "yeahh lagi seminggu ja nih, x sabaq nak balik" hikkkk2..
masa duk hitung hari nak balik apa yang aku rasa adalah "ok, dah cuti aku nak duk umah puas2..wweee syoknya..hilang abeh suma tension kat maktab" maybe tu peel sebenar student2 kat mesia..memanjang duk tringat nak cuti *kalu bukan student kat mesia, budak2 maktab ja kot* hehehe ;)

Blaa...blaa..blaaaa...
dah selamat pon aku kat rumah n you know what? damn bored when im home.
manusia memang tak reti bersyukur. Aku lah tuh.. dah elok duk rumah bosan pulak. Bukan main lagi arituh nak cuti sangat. haha. terok sangat!
Ketika dan saat ini, aku masih tak dapat manfaatkan cuti aku dekat rumah ini sebaik mungkin. huahuahua..
every seconds i will think what i should next, then, later and so on.... huhuhu
apa yang aku dah wat dengan cuti-cuti aku setakat nih,
most of the time aku surf internet..
+ stalking fesbuk kekwan
+ layan2 forum
+ masak wat keja umah
+ melayan peel kucing gemok
+ tengok tv
+ men game tembak vavi

Wuuuu.. apa-apa pon.. duk umah adalah yang terbaek! rasa best sangat duk rumah even tak dapat wat apa-apa xtvt yang best.  teringat iklan petronas dulu-dulu. "saya suka rumah saya sebab rumah saya BESTT" Hati ini rasa bahagia bila bersama dengan family tersayang dan juga si kucing gemok. "Alhamdulilah, aku bersyukur padaMu ya Allah dengan nikmat kebahagiaan ini"
So my lovely friends, enjoy our holidays with full of joy and excitement. Lets spend every single seconds wisely with the loved ones and appreciate our moments at home! weeeeeeeeee...

Ohhhh...betapa manisnya rumahku.. (^_*)

nota jari: masih menghitung hari nak cuti raya haji pulak. haha. waiting that day with love <3

Sunday, October 16, 2011

kenangan mengusik jiwa

ehemmm...
dah lama tak tulis entry..
jadi, utk warming up tulis entry..
ini special story utk "budak 27"
sejak akhir-akhir ni, 
suma agak touching cita budak 27..
seriously, semakin sayu dgn suma..
kejap je masa berlalu..pejam celik pejam celik dah nak masuk tahun ke-5 kita kat sini.. sayuuu.. =(
suma org mula tgk balik kenangan kita dulu2..
bila tengok balik gambar2 lama.. sgt kelakar.. macam2 ragam duk ada.. 
every single momenta are precious! 
gambar dari tahun pertama smpai sekarang.. banyak sgt perubahan.. btol x? hehehe
kita sgt bahagia membesar.. mcm bunga yg kuncup terus kembang mekar dengan bahagianya dan ada yg telah disunting menjadi suri hati org pon ada... =)
weweeee.. tak sangka sgt yg kita membesar dgn begitu sihat,gemok2, tembam2, kembong2 dan masa semakin pantas berlalu~~

semakin hari kenangan semakin mengusik jiwa.. 
terus terusik perasaan rindu dalam hati..
rindu waktu dulu.. 
rindu saat bersama.. 
rindu bergelak ketawa bersama.. 
rindu nak nanges sama2.. 
rindu nak jalan2.. 
semuanya rindu...
tapi itu dulu.. yang tinggal hanya sebagai kenangan.. 

manis sangat bila dikenangan masa lalu, lebih manis dari madu... 
Itu masa dahulu, tapi sekarang mungkin sudah berubah.. 
sedangkah pasir di pantai sentiasa berubah, apatah lagi manusia..

terbaca artikel dari USTAZ PAHROL MOHD JUOI,  
"Jangan sentiasa diingat-ingat saat gembira masa lalu kerana itu hanya memori dan itu bukan lagi realiti yang sedang kita hadapi masa kini. Sebaliknya, carilah apakah 'resipi'yang menghasilkannya dahulu dan mari dengan itu kita ciptakan kegembiraan baru hari ini!"

hati kecil suma org pasti inginkan saat bersama macam dulu buat terakhir kali... 
jadi... dengan sisa-sisa waktu yang ada.. 
jom kita ciptakan resepi yang dapat mghasilkan masa dahulu utk kita ciptakan kegembiraan pd hari ini!! Let's bring it on~~ =)

sayang semuanya <3 <3 <3

nota hati: mencari zarah-zarah yang dapat mengisi ruang kesunyian dan kesepian diri. semoga dapat berjumpa dengan zarah-zarah yang dapat meneguhkan iman, mententeramkan jiwa dan perolehi ketenangan Ilahi.



Saturday, September 24, 2011

blog berhabuk

dah terlalu lama meninggalkan blog nih..
maafkan aku wahai my blog.. (^_^)

Wednesday, June 8, 2011

The Engagement 04.06.2011

Syukur Alhamdulilah 
Majlis Pertunangan Aina & Fizi telah selamat dilangsungkan pada 4 Jun 2011.



Perasaan?
Sungguh berdebar.. dup dap dup dap..
berdebar rasa hati dicampur dengan rasa suka. (^_*)

Majlis pertunangan ini berkonsepkan warna Turquoise & Pink

ni baju untuk tunang. warna turquoise inspired by Elyana =)

mini pelamin putih + pink

mungkin ada yang pelik baju turquoise tapi mini pelamin warna pink.
kata mak andam yang buat ni, warna pink nk bagi warna kontra, 
kalu pelamin pon warna turquoise jgk nanti nampak sama je.
Aku yang taktahu menahu menggangguk je. 

tapi dia tak akan nampak pelik bila tengok hantaran ni pula.......

suma ada 13 hantaran. banyak kan? asalnya 9 dulang je.. selebihnya sedara mara yg kasi.. 

Majlis bermula pukul 11.00 pagi di kediaman rasmi Aina Safiah.
sebelum tu, seawal jam 8 pagi aku dah kuar untuk makeup.
awal.. mmg awal.. kalu utk makeup mmg macam tu.

time untuk touch up mana yg patut
menahan mata dari berkelip.. grrr.. sgt susah nk part ni sbb tak penah pkai mascara..beruntung sbb tak payah pkai bulu mata palsu..



bila selesai makeup bertambah berdebar..
minit-minit terakhir sebelum pukul 11, ahli rombongan pihak lelaki sudah sampai..
fuhhh..
jantung berdegup kencang.. dup dap dup dap..
ohhhhh..tarik nafas, hembus.. tarik nafas lagi.. hembusss..
 ok...tenangkan diri dan bersiap sedia.


waktu yang dinanti sudahlah sampainya..
selesai sesi perbincangan antara kedua belah pihak..
tibalah waktu untuk sesi menyarung cincin... =)

memandangkan family incik tunang berasal dari penang,
 adat suap gula pun diadakan masa majlis pertunangan.
Adat suap gula dibuat sebelum sesi menyarung cincin.
wanita aka makcik yang berpangkat lebih tua akan suapkan gula pada bakal tunang.
so, yang suap gula ni bakal mak mentua, makcik2, tok... 
Adat suap gula ni cuma sebagai pemanis kepada bakal tunang.. hehehe..
merasa la aku 3,4 suap sudu gula. memang manis.. =D
lepas suap gula, direnjis2 dengan air mawar pulak..memang wangii.. 

manisnya... :)

aummm.. nyum2...

abes adat suap gula, sambung dengan sesi sarung cincin..
hehehe.. nampak nervous sgt muka aku masa disarung cincin oleh bakal mak mertua..


selesai suda majlis pertunangan.. wink* wink* 
hilang suma rasa debar, diganti dengan rasa suka. =)
Alhamdulilah, selamat cik Nur Aina Safiah menjadi tunangan orang.. 


saya dan dia <3
i love my family <3
my bff <3


Akhir sekali,
saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih 
kepada kawan-kawan yang wish dan mendoakan pertunangan ini.
terima kasih sangat-sangat.
bila tengak wall, dah rasa macam artis *bajet*. =)
terharu, tergaru, tersenyum. terima kasih lagikk...

selamat bertunang (^_^)






Friday, May 27, 2011

menghitung hari

Menghitung Hari

Menghitung hari
Detik demi detik
Masa kunanti apakan ada
Jalan cerita kisah yang panjang
Menghitung hari


Padamkan saja kobar asmaramu
Jika putik itu takkan ada
Yang aku minta tulus hatimu
Bukan puitis

Pergi saja cintamu pergi
Bilang saja pada semua
Biar semua tahu adanya
Diri ku kini sendiri


Oh... Pergi saja cintamu pergi
Bilang saja pada semua
Biar semua tahu adanya
Diri ku kini sendiri

Diri ku kini sendiri...








Sunday, May 8, 2011

rindu

sebenarnya...
aku rindu....


aku rindu nak wat entri..
dah lama blog ni bersawang..

aku jugak rindu nak balik rumah,
bertabahla kat melaka ini..aku ada 3 minggu lg sebelum cuti...

aku jugak rindu pd insan2 yg aku sayang...
my parents, cik meowww, incik cinta, family... 

nota kaki: menghitung hari.. good luck for final exam.. ^_^


Friday, March 18, 2011

calm my heart

saat ini aku sedang dihantui oleh perasaan yang tak senang..
suma ini secara tiba-tiba..
aku rasa tak puas hati dengan warna kain yang dipilih..
huwaaaa.. *hatiku menangis*
sebab aku rasa warna tu tak cantek pulak.. 
masa beli tu ok..
bila tengok berkali-kali rasa tak cantek.. adehhh.. =(
harap sumanya baek je..
sekarang masih memujuk dan menenangkan hati..
dah 2,3 kali dipujuk oleh mak, si dia...huhuhu
 mak kata: nanti dah wat baju, cantik la nanti...... *dushh..dushhhh.....
rasa nak suh tailor tu siapkan cepat-cepat.. 
nak tengok hasil sebenar..
kalu tak, jiwa ni meronta-ronta tak puas hati...

Ya Allah, tenangkan hatiku ini..semoga dipermudahkan segala urusan..
  Amin.....

nota kaki: harap bule cantik n gorgeous macam Elyana.. 



She's so beautiful... :)





























































Wednesday, March 16, 2011

*blushing*


hati berbunga-bunga
masih tersipu-sipu malu.(^_^)
perasaan terus buat aku di alam khayalan...
terbang di awangan...  
hihihi..

 aku harus kembali ke realiti,
jangan terlalu asyik dengan angan-angan.
remind myself to back in realiti~
im running out of holidayyy....
assignments belum setel..
*grrrr..

nota kaki: minggu ini minggu yang agak bizi n sedikit pening..menguruskan perihal yang agak penting..setelkan apa yang patut sebelum hari berkenaan...harap sumanya berjalan dengan lancar.. =)




Friday, March 11, 2011

way back home! yiippppi!!!!

Hari ini adalah hari yang paling suka.
balik kampungg!!! oooo balik kampung, hati girang...
berharap dapat rehat puas2...nak relax...
yang penting nak hilang *MATA PANDA*
grrrrr...
semakin menjadi2 mata panda aku ini,
telah beberapa org kawan asyik menegor *MATA PANDA* ku yang cantek ni....
tak kisah jugak.. sebab PANDA tu chumel (^_^)


selesai suda segala esemen setakat ni..
dan esemen akan muncul kembali lepas cuti...
agaknya bertambah2 serabot... bila esemen + praktikum...
*woooot...wooot...
ala2 busy women...
tak kisah la..
yang penting balik kampung!!

nota kaki: that 'thing' will happen in 26 hours onwards.pray for the best =)

Sunday, March 6, 2011

*MENANTI SEBUAH JAWAPAN*


kepada yang  mengerti dan memahami warkah ini, =)

kata MAAF dari ku,
 itu yang ku pinta. 
kerana telah membuat teka teki bermain di fikiran sana.
ku biar teka teki tanpa jawapan.
bukan tiada jawapan,
cuma jawapan yang belum pasti.
hanya senyum yang terukir dari bibir. ^_^
doakan semua baik-baik aja. 
bila tiba masanya,
teka teki pasti terjawab.



PUSH TO THE LIMIT.


ni adalah minggu terakhir sebelum cuti,
dan juga minggu terakhir sebelum praktikum.
masih banyak hal yang belum disetelkan.
especially esemen. kehhh2..
tekanan sudah dirasai.
 *grrrrr...
kerisauan sudah dilandai..
macam-macam rasa dah ada.
minggu ni suma akan all out.
kejar sana sini. buat itu ini

umpama berusaha menuju ke puncak 

semoga kita sama-sama hadapinya
semuanya dapat disempurnakan dengan baek. 
Amin~ 

nota kaki: skang sudah pukul 4.08 pagi. aku tak bule tido! arggghhhh
penangan minum mocha petang tadi. huhuhu.



Wednesday, March 2, 2011

Assignment Fever~

Semoga hati ini terus tabah dalam mengharungi hari-hari mendatang...
sesungguhnya, sekarang ini
rasa penat + tension + serabot. T_T
semuanya berkisar dengan ASSIGNMENT...
tapi aku masih belum kerjakan assignment tuh... *grrrrrrr 

aduiiii...sakit kpala...

ni la yang dihadapi setiap sem..
utk 2 minggu akhir nih... macam2 kena setel..
bukan soal assignment je...
urusan2 lain jugak perlu diselesaikan...
suma nak sebelum praktikum...
waduhhh...
kami bukan robot..  suma nak 1 masa yang sama...
mengeluh.. bising2 pon... suma benda ni tetap akan dihantar on the dot..
by hook by crook, we have to!

semoga aku terus bersemangat untuk menghabiskan esemen ni...
bukan apa.. 
bila malam ja, otak dah ting tong 
setelah penat dgn aktiviti2 dan kuliah di siang hari.
dah tu, mula la ada penyakit M paling besar. *MALAS*
teringat kata2 ustazah Salbiah,"pergi jauh lah MALAS + MENGANTUK, jangan ganggu aku"
tu namanya ayat-ayat saiko.
ayat macam tuh dapat bagi mind set kita untuk terus wat kerja. *Chaiyokkkk....*

beginilah life as a student...
esemen ngan student tak dapat dipisahkan, umpama irama dan lagu.. 
hehehe.. 
sebenarnya, perit payah kita wat esemen la yang akan kita kenang bila kita dah grad nanti...
akan dirindui suka duka masa ini
terutamanya yang wat esemen LAST MINIT + TAK TIDO MALAM..
tanak cakap orang, aku sendri pon macam tu..  ;)
bila esemen last minit, idea-idea akan mencurah macam koko krunch mencurah2 ke ladang gandum.



nota kaki: cepat-cepat la siapkan esemen, nak balik CUTI~ yippppi....tak sabarnya nak balik rumah.. nak rehat puasss2.. menanti detik yang mendebarkan. =)

Thursday, February 24, 2011

Capture moments contest


Ni first time join contest.
CAPTURE THE MOMENTS.

sgt suka moments with my BFF.
*FARAH LIYANA, INTAN SHAZWANI, ANIS ATIQAH*



kami berkawan dari tahun 2002 sehingga sekarang.
sudah menjangkau 9 tahun usia persahabatan kami.
bibit-bibit perkenalan kami bermula di tingkatan 1A7 di SMK Sultan Badlishah. =)
weee... pejam celik pejam celik..kami dah abes sekolah..
sekejap saja masa berlalu...
Sekarang,
masing-masing berjauhan. 
melanjutkan pelajaran di serata pelosok Malaysia... 
kami masih seperti dulu.... =)
ALWAYS LOVE YOU. 

Sekadar gambar hiasan.

Untuk penuhi syarat contest ini,
aku perlu tag 3 orang..
insan2 yg terpilih adalah:


Tag pon dah last minit..skang pon aku terkejar2 mengejar dateline..
gudluck korunk.. =)



Monday, February 21, 2011

CIK TIH ^_^

Kesayangan saya. 
cik tih! meoww ^_^






*putih yang tak putih*



*gemok*

*mengada2*
ololololo



*kuat tidoq*
ngantukkk..nganga luas2.

 tido macam saya. =)


*attention seeker*
- suka menempek dan menyibuk -
cik tih sama-sama nak berfesbuk.


tgk tv pulakk..

Sunday, February 20, 2011

perasaan yang menghantui diri.


itu yang aku alami sekarang.
suatu perasaan yang kurang senang.
tentang apa dan sebab apa,
biar aku dan ALLAH saja yang tahu.
kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi hari-hari mendatang 
yang penuh dengan panca roba.
perasaan yang menggangu aku.
aku hampir hilang fokus.
dan terus bermain di benak fikiranku ketika ini. 
aku mengeluh, risau, gelisah dari dalam diri.

Semoga aku diberi kekuatan dariMu, 
Ya Allah Ya Rabbi.
Amin.

Thursday, February 17, 2011

duit, duit, duit!



weeee...

AKU KAYOOO!



sukanya kalu ada duit banyak2... =)

macam2 bule beli.. bule pusing donia...

bule beli itu..bule beli ini.. 

TAPI~

perlu diingat.. 

dengan kesenangan DUIT yg kita ada, 

duit takbule beli nyawa, kasih sayang, maruah diri dan sewaktunya...

ada jugak DERITA sebab duit.. kesiannnn... >.<




kenapa aku BEBEL pasal duit nih?

hakkk2... 

sebabnya... hari ni ramai kawan2 aku yg mengeluh pasal DUIT..

kami suma telah dikejutkan utk membayar buku berharga RM80..

slrpppppp... nyirap rasa 80hengget tuh... 

bukan tu je... macam2 kena bayar...

duit elaun kuar macam AIR.. huhuhu..

harap bersabar dan bertabah ye suma.. ^_^

it;s ok my fren...

kalu belanjakan duit utk benda yg baik... insyaAllah, kita pon dapat manfaat yg lipat kali ganda..


think positive.. mudah-mudahan sumanya akan diberkati Allah.. =)




ada video special pasal DUIT..

cukup kena dengan kehidupan kita...

meh kita layannnn... 

cuba renung2 dan munasabah, munasarawak diri.. =)





DUIT ohhh DUIT...dimana kau DUIT? =)



Wednesday, February 16, 2011

Lelaki Tahu Perempuan Tahu.


Lelaki perlu tahu yang perempuan:

  1. Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
  2. Bukan bermaksud cerewet tak tentu hala, kadang kala wanita ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala.
  3. Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya wanita akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan dendam.
  4. Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
  5. Wanita sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. Wanita amat tabah.
  6. Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam kerana wanita itu prihatin.
  7. Walaupun dia adalah seorang wanita yang pandai berdikari, naluri seorang wanita masih lagi tetap seorang wanita. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki, namun juga sesama kaum.
  8. Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
  9. Cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
  10. Seks bukanlah segala-galanya buat wanita kerana wanita diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. Nafsu yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. Lelaki pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing wanita dan bukan menghanyutkannya.
Peranan lelaki dalam kehidupan wanita adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. Wanita diciptakan oleh Allah SWT dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami hati dan perasaan wanita.

Perempuan juga perlu tahu yang lelaki:
  1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).
  2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
  3. Kebanyakan lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
  4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
  5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.
  6. Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat dan menjeling wanita.
  7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar buat kali pertama!
  8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
  9. Bila lelaki cakap, ”Emm. tengoklah dulu” itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
  10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
  11. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
  12. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya mengenai perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini.
  13. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
  14. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita, dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa. Yang lain hanya kawan.
  15. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
  16. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti.
  17. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
  18. Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.
Lelaki bukanlah sempurna 100%. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan

.