Thursday, February 24, 2011

Capture moments contest


Ni first time join contest.
CAPTURE THE MOMENTS.

sgt suka moments with my BFF.
*FARAH LIYANA, INTAN SHAZWANI, ANIS ATIQAH*



kami berkawan dari tahun 2002 sehingga sekarang.
sudah menjangkau 9 tahun usia persahabatan kami.
bibit-bibit perkenalan kami bermula di tingkatan 1A7 di SMK Sultan Badlishah. =)
weee... pejam celik pejam celik..kami dah abes sekolah..
sekejap saja masa berlalu...
Sekarang,
masing-masing berjauhan. 
melanjutkan pelajaran di serata pelosok Malaysia... 
kami masih seperti dulu.... =)
ALWAYS LOVE YOU. 

Sekadar gambar hiasan.

Untuk penuhi syarat contest ini,
aku perlu tag 3 orang..
insan2 yg terpilih adalah:


Tag pon dah last minit..skang pon aku terkejar2 mengejar dateline..
gudluck korunk.. =)



Monday, February 21, 2011

CIK TIH ^_^

Kesayangan saya. 
cik tih! meoww ^_^






*putih yang tak putih*



*gemok*

*mengada2*
ololololo



*kuat tidoq*
ngantukkk..nganga luas2.

 tido macam saya. =)


*attention seeker*
- suka menempek dan menyibuk -
cik tih sama-sama nak berfesbuk.


tgk tv pulakk..

Sunday, February 20, 2011

perasaan yang menghantui diri.


itu yang aku alami sekarang.
suatu perasaan yang kurang senang.
tentang apa dan sebab apa,
biar aku dan ALLAH saja yang tahu.
kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi hari-hari mendatang 
yang penuh dengan panca roba.
perasaan yang menggangu aku.
aku hampir hilang fokus.
dan terus bermain di benak fikiranku ketika ini. 
aku mengeluh, risau, gelisah dari dalam diri.

Semoga aku diberi kekuatan dariMu, 
Ya Allah Ya Rabbi.
Amin.

Thursday, February 17, 2011

duit, duit, duit!



weeee...

AKU KAYOOO!



sukanya kalu ada duit banyak2... =)

macam2 bule beli.. bule pusing donia...

bule beli itu..bule beli ini.. 

TAPI~

perlu diingat.. 

dengan kesenangan DUIT yg kita ada, 

duit takbule beli nyawa, kasih sayang, maruah diri dan sewaktunya...

ada jugak DERITA sebab duit.. kesiannnn... >.<




kenapa aku BEBEL pasal duit nih?

hakkk2... 

sebabnya... hari ni ramai kawan2 aku yg mengeluh pasal DUIT..

kami suma telah dikejutkan utk membayar buku berharga RM80..

slrpppppp... nyirap rasa 80hengget tuh... 

bukan tu je... macam2 kena bayar...

duit elaun kuar macam AIR.. huhuhu..

harap bersabar dan bertabah ye suma.. ^_^

it;s ok my fren...

kalu belanjakan duit utk benda yg baik... insyaAllah, kita pon dapat manfaat yg lipat kali ganda..


think positive.. mudah-mudahan sumanya akan diberkati Allah.. =)




ada video special pasal DUIT..

cukup kena dengan kehidupan kita...

meh kita layannnn... 

cuba renung2 dan munasabah, munasarawak diri.. =)





DUIT ohhh DUIT...dimana kau DUIT? =)



Wednesday, February 16, 2011

Lelaki Tahu Perempuan Tahu.


Lelaki perlu tahu yang perempuan:

  1. Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
  2. Bukan bermaksud cerewet tak tentu hala, kadang kala wanita ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala.
  3. Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya wanita akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan dendam.
  4. Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
  5. Wanita sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. Wanita amat tabah.
  6. Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam kerana wanita itu prihatin.
  7. Walaupun dia adalah seorang wanita yang pandai berdikari, naluri seorang wanita masih lagi tetap seorang wanita. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki, namun juga sesama kaum.
  8. Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
  9. Cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
  10. Seks bukanlah segala-galanya buat wanita kerana wanita diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. Nafsu yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. Lelaki pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing wanita dan bukan menghanyutkannya.
Peranan lelaki dalam kehidupan wanita adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. Wanita diciptakan oleh Allah SWT dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami hati dan perasaan wanita.

Perempuan juga perlu tahu yang lelaki:
  1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).
  2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
  3. Kebanyakan lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
  4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
  5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.
  6. Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat dan menjeling wanita.
  7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar buat kali pertama!
  8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
  9. Bila lelaki cakap, ”Emm. tengoklah dulu” itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
  10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
  11. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
  12. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya mengenai perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini.
  13. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
  14. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita, dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa. Yang lain hanya kawan.
  15. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
  16. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti.
  17. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
  18. Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.
Lelaki bukanlah sempurna 100%. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan

.

Saturday, February 12, 2011

switch to Digi. =)

Setelah celcom broadband mengecewakan aku,
aku beralih arah pada Maxis.
ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.
sungguh pilu.sedih.

Pada 11 Februari 2011,
aku telah mengambil keputusan untuk membeli Digi plak.
pakai Maxis xsampai sebulan, aku sudah bertukar.
aku bukan la pembelot, cuma terpaksa sebab speed slow sgt.
aku akan pakai digi nie bila maxis aku dah sampai limit.

Aku suka plak pakai Digi nih.
Lajuuuuuuuu.. siyes lajuuuu...
bila wat speedtest, terbukti menunjukkan Digi lg laju dari Maxis
*wooot.. *wooot..

Mungkin Digi user pon xramai lagi,
sebab tu semuanya masih baik.
bila dah ramai, mungkin akan jadi macam Maxis n Celcom jugak.

Mula2 dulu, aku downgrade dgn Digi.
aku tak percaya sgt ngan service dia.
tapi skang aku dah kena tukar perspektif aku terhadap Digi.
sekarang berpuas hati bila guna Digi.. Weeeee ^_^

notakaki: Jangan cepat merendah-rendahkan seseorang atau perkara lain tanpa mengetahui tahap kredibiliti sebenar mereka. Melihat luaran sahaja, belum tentu sama dengan dalamannya. Kata orang, "luaran cantik, dalaman macam nangka busuk". Cara yang terbaik, dekatkan diri anda dan kenali mereka dengan lebih mendalam. 

Friday, February 4, 2011

hakikat hidup.

ini la hakikat hidup yg biasa kita lalui.
dalam hidup ni, tak semua org suka kita kan.
susah yang puaskan hati semua pihak.
tetiba aku terasa nak hidupkan benda.
sebabnya sekarang ni aku rasa HAKIKAT ini.
aku tertanya-tanya apa salah aku.
mungkin secara tak sengaja, 
ada tindakan aku wat buatkan org lain tak senang.
aku mohon MAAF dari hati yg ikhlas kalu ada mana2 pihak kurang berpuas hati dgn tindakan aku. =)
aku hanya manusia biasa.



nota kaki: kadang-kadang, status fesbuk yg kita post kat wall pon bule wat org lain tak senang bukan. org akan kata "eiiyuww, poyo", "tah apa2 la dia ni", dll. membuatkan org rasa "annoying". renung-renungkan. 


utk lebih jelas, 
meh kita tgk komen2 kat forum cari ni.  "status fesbuk yg memualkan..."
aku hnyalah SILENT READER.  
tepuk dada, tanya diri. macam-macam ragam manusia yg boleh kita tgk dari sini.
dari komen2 forum ni, 
korang boleh nilai mana yg terbaik untuk diri korang.
pada aku, biar berpada2 nak wat status tu. *ini jugak mengingatkan diri sendiri*
ada yg forumer2 kat sana yg post melampau.
mesti dia bajet dia bagus kan. haha.
biarla. dah nama pon fesbuk. SUKA HATILA kan. :)
kalu orang2 yg tak suka tgk status tuh takyah berfesbuk.
kan senang.
bukan nak kata sumanya buruk dan tak elok,
entah la. kadang-kadang aku tak faham dengan makhluk bernama MANUSIA.
mungkin *mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih*


setakat ni, 
aku layan aje status kawan2 aku.
sharing is caring.
aku jenis tak kisah. 
sekurang-kurangnya, aku tahu apa yg jadi kat kawan2 aku.
happy.sedih.excited.masalah. dll.
Akhir kata, berfesbuklah baik2. =)


p/s: entri ini tiada kaitan dgn sesiapa. harap maklum. =)

suam-suam kuku.

entri aku ni kejap ada kejap xda kan.
haha. macam chipsmore. 
ikot suka aku je bila nak layan kan.
macam blog ni jgk, tumblr pon aku ada. hihihi.
napa yek? 
sebab aku ni agak MALAS.
org melayu memang malas. memang tak boleh dinafikan. :P
ikot MOOD katanya.
senang cakap kurang PASSION. =)

nota kaki: any suggestion nak bagi RAJIN tak?