Saturday, June 23, 2012

Bersawang again.

Sian blog bersawang.
tiup-tiup skit.
dah lama tak bukak blog sampai tak reti dgn new features.
=)

Thursday, December 22, 2011

sweet 22. 17 December 2011.


masuk aje detik 12.00 am 17 Disember 2011, aku dah 22 tahun.
weweiiit. muda lagi wey.
orang laen hampir ke umor 23, aku baru 22 tahun. 
haha. biasa la. baby2 disember kan. ;)

terima kasih pada kawan2 yang wish SMS, FB, Twitter.
terima kasih sangat2. 
terharu rasanya dengan ucapan kalian yang mendoakan saya. 
semoga panjang umur, murah rezeki n cepat kawen ^_^
dengan bertambahnya umur ni, semoga aku semakin tingkatkan amal ibadah kepada Allah.
semakin hari semakin tua. jangan ingat muda sgt. awet muda xpa. :D

pada tarikh keramat 17 Disember ni jugak, sepupu aku bertunang.
Selamat Bertunang Along. Selamat menempuh pertunangan dengan baik. insyaAllah.
Tahun depan kiter naik pelamin sesama yek. ^_^

tahun ni tadek bunga orang nak antar. kempunan ok. tahun lepas ada. tahun ni tadak.
ceittt. pape pon. yang aku dapat adalah..... 

anak-anak bear. hehehe


Selamat Bertunang Along. *muka aku nampak huduh kat situ* haish.





Monday, October 31, 2011

hidup tak selalunya indah

yaa..
dalam kegembiraan aku hari ini, tetiba terpalit rasa pahit aku bila aku menatap wajah aku sendiri. senyum aku dan iras-iras memang aku akan kenang kau. 
bukan aku yang kata, ia lahir dari kata HATI aku.
hati tak penah menipu. dari situ, memang aku akui kebenarannya.
tak sangka pula bila aku dah menjengah dewasa, aku seiras kau. hmmmm
terselit rasa rindu aku pada kau. aku doakan kau kembali ke pangkal jalan sebelum penuh seribu sesalan.


setiap kali aku teringat kau, aku tertanya-tanya
"tiadakah keinsafan dalam diri kau untuk pohon maaf atas kesalahan yang kau lakukan?"
"adakah kami semua masih dalam hati dan ingatan kau?"


persoalan hanya tinggal persoalan. tak mampu aku untuk ungkapkan persoalan yang aku tanya sendiri.
walaupun dah lama berlalu, ia masih pahit untuk ditelan. rupanya dah 5 tahun berlalu, masa bergerak dengan begitu pantas. aku terima segalanya sebagai dugaan Allah. terima kasih juga pada kau, apa yang terjadi ia sangat mematangkan aku untuk menginjak dewasa.